Sunday, January 22, 2012

Wah!! dah berkurun rasa nya ku tak update…

Kealpaan aku mengharungi episod peperiksaan membuat aku kelalen(lupa) untuk berkongsi cerita tentang hidup aku., walaupon tak sehebat mana cerita aku, aku percaya setiap individu ada cerita tersendiri yang individu lain tak lalui.

Setelah hmpir sebulan aku mengorak langkah untuk mengharungi episod peperiksaan, akhir nya aku dapat melepaskan titisan usaha yang terakhir pada 19/01 yang lepas.. Akusudah cuba yang terbaik untuk kali ini, aku berserah pada yang satu atas usaha yang telah aku taburkn hanya hasil yang aku nanti kini. Pada 20/01 aku kembali ke tempat aku dilahirkan., Perjalanan yang aku harungi membuat aku terlupa akan masalah yang selama ini menanti ku di rumah ku. Ku abaikan semua itu kerana rindu menyelubungi perasaan ku.

Kerinduaan sedikit demi sedikit aku ubati, berjumpa kaum keluarga, sahabat-sahabat, saudara- mara, dan tidak lupa pada ‘kenangan ‘ aku. Sedih, gembira, sayu, sebak semua aku rasa kan.. Tak terkata lidah ku untuk mengungkapkan dengan kata-kata.

Kini masalah sedikit demi sedikit menghampiri ku, kalau orang bercinta tiap masa akan teringat akan kekasih nya, tapi aku., Masalah yang merindui aku. Aku ngaku kalah, aku tak nak menyakitkan hati siapa-siapa lagi., Aku gembira hidupku kini.

Bagaimana nak ku selesaikan kekusutan ini., nak ku tarik makin berpintal, nak ku tolak makin terbelit., perlu kah aku suarakan dengan lantang nya di hadapan semua orang., tapi siapa kah untuk lakukan revolusi ini.

Terkilan aku rasa bila masalah yang sekian lama ini tak boleh diselesaikan. Mungkin disebabkan sikap ungkit-mengunkit..??kenapa kini tak boleh nak bertolak ansur..??? kenapa kini baru nak tunjukkan sikap macam ini..apa yang perlu aku lakukan kini, meneliti kekusutan ini sebelum makinberpintal, sebelum makin terbelit.,

Pada sesiapa ada terasa hati, sakit hati, aku mintak maaf., Aku bukan insane yang sempurna.. Masih bertatih dalam kehidupan yang penuh tipu daya ini. Mungkin banyak lagi yang lebih elok dibandingkan dengan aku.

Pada rakan ku, hanya ku mampu titip kan doa agar kau dapat yang terbaik.,,Semoga bahagia.

Yang pasti aku gembira kini., Dan akan cuba mengembirakan orangyang sentiasa di sisi aku…
       

1 comment: