Friday, December 23, 2011

24/12/2011


Berita gembira aku terima dari kampung halaman, mengatakan bahawa makcik aku akan melangsungkan   pertunagannya 25/12/2011dan akan melansungkan urusan seterus nya pada bulan 3 akan datang. Tahniah aku ucapkan kepada makcik ku serta pasangan nya.

Walaupun berita gembira ini meriangkan hati ku,tetapi ini semua hanya mengaburi perasaan sedih, pedih yang menyelubungi perasaan ku, jiwa ku. Buah yang cantik luaran belum tentu isinya secantik luarannya. Tidak terungkap dengan kata-kata yang hakiki, hanya Yang Maha Mengetahui ketahui nya.

Harus bagaimana lagi perlu aku lakonkan? Watak yang bagaimana lagi harus aku selami, yang harus aku terjemahkan? Pengorbanan yang bagai mana harus aku realisasikan? Pengorbanan yang bagaimana perlu aku lakukan agar dapat memuasakan orang sekeliling aku ? Ujian yang diberi betul-betul menguji aku, menguji keimanan aku, menguji kesabaran aku. Kegembiraan yang aku terjemahkan, kebahagiaan yang aku tunjukkan, keriangan yang aku persembahkan.

Adakah ini belum cukup untuk aku menebus segala nya? Adakah ini belum cukup untuk buat kegembiraan pada semua? Adakah ini belum cukup untuk lahirkan kebahagian pada semua? Salahkah aku hipokrit pada diri sendiri untuk bahagiakan orang? untuk kembiraan orang?

Walaupun aku pernah terkadas dalam dunia yang penuh tipu daya, haruskah aku lalui semua ini? Penuh persoalan yang timbul bagai rintikan hujan yang turun membasahi bumi. Letih dengan tekanan yang datang dari pelbagai ceruk sudut kehidupan aku. Aku akan belajar terima kenyataan yang hadir dalam kehidupan aku . Tapi adakah aku kuat untuk hadapi nya untuk kali ini? Setelah aku gagal untuk harungi nya sebelum ini.
 Kemaafan sahaja yang dapat aku ungkapkan dalam mengunci ribuan kata-kata, ribuan alasan, ribuan persoalan.

Mungkin kah aku terlalu hipokrit semata-mata untuk buat orang lain bahagia,gembira.? Semoga mereka sentiasa bahagia dan gembira.

 Aku akan cuba jadi diri aku yang sebenarnya. Jadi MUHAMAD FITRI NOR yang dahulu.

Aku harap dapat jumpa apa yang aku perlukan… Dan aku berharap Yang Maha Pemberi memberikan aku yang terbaik. “walaupun diberikan kaktus setelah mohon pohon yang miliki bunga yang cantik, simpulan bersyukur kerana DIA memberikan yang terbaik di sebalik pemberian nya.” 



<img src="url gambar disini" class="magnify" data-magnifyby="2" style="width:200px; height:150px cursor: url(magnify.cur), -moz-zoom-in; " /




Aku redha menanti dalam berusaha memperbaiki kehidupan aku. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik bagi rakan-rakan ku, pada diri nya dan semua yang mengenali diri ku. ^.^    Aku bersyukur dapat bertemu dan mengenali semua nya. Akan aku sematkan setiap detik yang lalu dalam kenangan dan memori ku. Terima Kasih sudi mengenali aku.

1 comment: