Friday, October 21, 2011

Harus Bagaimana.?


Macam-macam sudah berlaku dan berlalu. Macam-macam perassan dirasai. Mungkin bukan aku seorang yang hadapinya. Aku percaya DIA jgak merasainya. Aku tidak dapat hendak diungkap dengan tutur biacara begitu juga dengan tingkah laku. Aku gagahi hari-hari mendatang dengan penuh gaya lakonan tanpa disedari oleh sesiapa pon. Berdiri bagai pelakon terbaik tahunan.

Bila saat nya tiba aku akan tersnyum sendirian,

Bila saat nya tiba aku tangisi sendirian,

Bila saat nya tiba aku kenang sendirian,

Bila saat nya tiba aku diam,kelu seribu bahasa.

Tiap masa gambar wajah nya akan bermain di pandangan mata seperti tayangan filem lama. Tapi bilamana seorang lelaki sedih payah hendak dilihat titisan air mata nya,hanya disimpan dan dibekukn dalam hati nya.

AKU BUKAN TERBAIK UNTUK MU

Sering menitiskan air mata kesedihan bila yang lain ketawa gembira, menguris hati berdarah pedih bila yang lain teruja bagai dipukau dengan hayalan yang mengasikan.bila masa menjauhkan diri, aku sering iginkan keerataan. Salah ke aku ingin memperbaiki diri sendiri sebelum menerima mu kembali? Silapke aku memperbetul suasana dengan keeratan sebagai teman dalam hidup mu?
Bagaimana harus aku lakoni watak aku hari-hari?

Aku sedar diri mu sudah terlalu derita dengan tingkah laku pelakon boneka pentas realiti. Luahkan isi hati,jangan simpan jika tidak mahu mengharungi seorang diri. Harus bagaimana aku,bagi memperbetul bab kali ini.?

Dalam senyap aku memperhati, dalam gelap aku meneliti, dalam hati berkocak sanubari. Tiada kata indah kali ini diri mu dengari, tiada senyuman manis diri mu tatapi, tiada gelak tawa diri mu tontoni, tiada teguran mesra diri mu rasai ini, itu lah permintaan dari hati mu.

Bagaimana harus aku lakoni..?